Saturday 19 May 2012

sabar itu indah :)

Sabar
Setiap manusia pasti akan merasai kekecewaan dan juga kegembiraan.Itu adalah lumrah dalam kehidupan dan sebagai mukmin kita kena hadapi dengan tenang dan sabar.Kesabaran adalah senjata bagi orang islam.Tidak kira kecewa dalam pelajaran,pertandingan dan sebagainya.Itu adalah adat dan lumrah seorang insan.

Dalam melayari bahtera kehidupan,kita kena terima apa saja yang berlaku.Perjalanan kembara kehidupan pastinya akan temui kesusahan,kesenangan,kegembiraan dan kekecewaan.Perjalanan hidup biasanya kita merancang dengan sebaiknya tetapi kadang2 perancangan kita tak tercapai dan gagal dalam misi kita.Bagi orang yang beriman pastinya akan terima dengan hati yang terbuka dan ada hikmah di sebalik kejadian dan bagi orang yang fasik / munafik pastinya tidak akan boleh terima dan akan kedengaran la "bunuh diri" dan sebagainya.

Ujian yang kita terima pada hari ini tidaklah sama dengan ujian yang di terima seperti Nabi Nuh a.s,Nabi Ibrahim a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w sehingga nama-nama baginta tercatit dalam Al Quran..Walaupun tidak mungkin kita dapat atasi kekecewaan dan ujian seperti Nabi-Nabi Allah tetapi belajarlah bersabar dan tabah seperti mana kekasih-kekasih Allah bersabar walaupun sedikit.

Allah sayang pada hambaNya yang bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian.


ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين

"Kita Merancang..Allah juga Merancang..Allah Jualah Sebaik Baik Perancang"

~✿>> Untuk tenangkan hati, banyakkanlah MENGINGATI MATI DAN BERTAUBAT..insyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan HILANG, bila kita fokus pada cara mendapatkan mati HUSNUL KHOTIMAH dan REDHA Allah..perkara lama akan hilang dengan mudah..

Salah satu sifat ego ialah CEPAT MARAH DAN PAYAH MEMAAFKAN orang lain kerana kita rasa diri kita BESAR dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita..cuba RENUNG KESILAPAN kita pada orang dan PERBAIKI DIRI, bukan ingat kesilapan orang pada kita..kita hanya akan dapat apa kita telah buat..jika orang SAKITKAN HATI KITA, bermakna kita PERNAH sakitkan hati orang lain..MUHASABAH DIRI SELALU, cuba audit apa emosi kita apabila BANGUN TIDUR..ia akan menentukan SELURUH HATI KITA...♥♥

♥Alhamdulillah♥

Friday 13 April 2012

Tips Menutup Aurat

Menutup aurat adalah perintah daripada Allah s.w.t. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.

Di bawah disertakan beberapa kaedah pratikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi.

1. TAHU. Langkah pertama ialah tahu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, cirri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hokum hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2. SEDAR bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui cirri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?” Jawapannya perlu dijawab berdasarkan cirri-ciri pakaian patuh syariah.

5. ASINGKAN pakaian kepada dua (2) criteria: sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan sentiasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan WANITA YANG SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariah.

8. EKSKLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, Usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini. 

Dari Majalah SOLUSI keluaran Isu 26.
http://msg-cyber.blogspot.com/2011/04/tips-menutup-aurat.html
...apabila seseorang mencerca dan memfitnah kita dengan perkataan yang berat dan kita tidak berupaya membalasnya, kita hanya mengadu kepada Allah..Allah Maha Tahu atas perkataan itu..mungkin pada waktu itu si pencerca merayakan kata nistanya..namun Allah Tahu aduan kita..ada masanya Allah bertindak bagi hambaNYA yang dizalimi..Allah tidak tinggalkan kita sendirian..Ya Allah ampuni hambaMU ini.. - DR MAZA

10 Hukuman Orang Yang Ketawa Berlebih-lebihan:

1. Dimurkai Allah.
2. Dikutuk para malaikat.
3. Rasulullah s.a.w. tidak memandangnya pada hari kiamat.
4. Disoal (dihisab) pada hari kiamat perilaku gelak ketawanya.
5. Terbuka aibnya pada hari kiamat.
6. Digemari syaitan akan dirinya.
7. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi.
8. Mati hatinya.
9. Hilang air mukanya (malu dan kemuliaan).
10. Lupa pada segala-galanya.

Dari Gen-Q 6 : Bahana Ketawa Yang Melampau

KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."

Jawapan:
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?


3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"

Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"

Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

Sumber :http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/2011/06/koleksi-alasan-putar-belit-taknak-tutup.html
 
Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlahdengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. - 


♥ Imam Umar bin Abdul Aziz ♥ :)